Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membela diri atas empat pertuduhan subahat, pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.<br /><br />Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu.
